Pengenalan

Sebagai rakyat Malaysia, kita mempunyai pelbagai hak dari pelbagai aspek. Kita seharusnya mengetahui hak-hak kita terutamanya sebagai pengguna. Antaranya ialah
  1. Hak untuk mendapat keperluan asas
  2. Hak untuk mendapat keselamatan
  3. Hak untuk mendapat maklumat
  4. Hak untuk membuat pilihan
  5. Hak untuk mendapat ganti rugi
  6. Hak untuk menyuarakan pendapat
  7. Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan
  8. Hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat
Oleh itu, kita perlulah peka terhadap hak-hak kita sebagai pengguna. Janganlah kita menjadi katak bawah tempurung dan mudah ditipu hanya kerana kita tidak mengetahui hak kita sebagai pengguna. oleh itu saya akan memberi sedikit pendedahan tentang hak pengguna dari aspek HAK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT

Thursday, June 10, 2010

Hak Untuk Mendapat Maklumat

Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan

Antara contoh yang boleh dikaitkan denagn situasi semasa ialah ISU GULA. Isu ini sedang hangat diperkatakan di mana-mana tidak kira di berita, tv, surat khabar, dan tidak terlepas juga di warong-warong mamak. Kebanyakan rakyat Malaysia hanya menghebah-hebahkan cerita tentang isu ini di tempat yang tidak sesuai sebenarnya. Sebaliknya, pengguna yang bijak seharusnya terus mencari maklumat tentang apa sebenarnya yang berlaku. mereka boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada pekedai, pemborong, pembekal atau boleh mendapatkan maklumat tersebut terus daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.

No comments:

Post a Comment